Thursday 25 August 2011

UMP lancar Pusat Perniagaan ICT




Dr. Daing Nasir Ibrahim (tengah) melancarkan ICT Business Centre di UMP, Gambang, Kuantan, baru-baru ini.


LINK :

KUANTAN 9 Ogos - Universiti Malaysia Pahang (UMP) melancarkan Pusat Perniagaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Pusat Perniagaan ICT) sebagai usaha meningkatkan perkongsian ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang itu dengan masyarakat setempat.

Dengan penubuhan pusat itu, UMP akan terus memacu kecemerlangan dalam bidang ICT sebagai salah satu inisiatif untuk meletakkan universiti berkenaan di persada antarabangsa.

Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, penubuhan Pusat Perniagaan ICT itu akan mengkomersialkan produk dan perkhidmatan ICT, termasuk semua sumber yang ada di Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK) dan Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian (FSKKP) di universiti itu.

Selain itu, pusat berkenaan akan dapat melaksanakan pencapaian Pelan Strategik UMP dalam merangka bidang keberhasilan utama universiti bagi menjana kelestarian kewangan.
''UMP mempunyai tenaga pakar ICT berpengalaman lebih 10 tahun dan usaha ini membolehkannya berkongsi ilmu dan kemahiran dengan organisasi lain khususnya institusi pendidikan dalam dan luar negara,
''Sumber ICT termasuk pelbagai jenis pelayan (server), jaringan (network), kamera litar tertutup (CCTV) dan pelbagai peralatan ICT yang terdapat di UMP," katanya ketika merasmikan pusat itu di Dewan Astaka, UMP kampus Gambang dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Dekan Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan, Prof. Dr. Abdul Jalil Borham; Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Prof. Dr. Jailani Salihon; Pengarah Urusan UMP Holding, Nasirudin Nasrun dan Pengarah Urusan pusat perniagaan itu, Prof. Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohd.,
Daing Nasir mengharapkan penubuhan pusat itu mampu merealisasikan hasrat universiti bagi menjana pendapatan selaras dengan Pelan Stategik UMP 2011-2015.

''Antara perkhidmatan yang ditawarkan di pusat ini ialah khidmat konsultansi dan produk ICT kepada organisasi luar melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT), pusat latihan dan jabatan kerajaan serta menjayakan konsep outsourcing yang diperkenalkan kerajaan," jelasnya.
Sementara itu, Wan Maseri berkata, penubuhan pusat itu bukan sahaja memberi manfaat kepada staf jabatan PTMK malah, melibatkan semua warga universiti.

Secara tidak langsung ujarnya, ia akan mewujudkan budaya kerja korporat selain melahirkan lebih ramai perunding mengikut kepakaran pensyarah yang ada di universiti itu.
Katanya, pelajar turut mendapat manfaat dengan diberi peluang menjalani latihan industri dan terlibat dalam memasarkan produk ICT

No comments:

Post a Comment