Thursday 25 August 2011

ICT@UniMAP

LINK :
Secara umumnya Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah jabatan yang merancang serta melaksanakan program-program ICT universiti. Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah diwujudkan untuk menyokong penggunaan ICT dalam menjalankan fungsi akademik dan pentadbiran universiti. Peranan utamanya antara lain adalah:
  • Mengadakan prasarana dan kemudahan bagi menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan pentadbiran.
  • Membangun dan menyenggara sistem maklumat berkomputer universiti.
  • Membangun dan menyenggara sistem rangkaian komunikasi kampus
  • Menyenggara dan membaikpulih peralatan komputer mikro dan pencetak.
  • Menyedia khidmat pakar runding dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi
  • Membantu membudayakan penggunaan teknologi maklumat di Universiti.
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa Universiti.

No comments:

Post a Comment